
Sepertimana aku masa kecik, Adam pun minat gila
terhadap videografi & fotografi.
Aku pun apalagi, `suap’ dia cukup-cukup,
agar dia tahu selok belok bidang ni .. haha
Skop tugas penuh seorang juruvideo kahwin macam aku ni nampak mudah, tapi payah. Haha. Tak percaya? percayalah ..
Apa tidaknya, selalunya aku sorang jer shoot, tapi tanggung jawab, mengalahkan seorang pengarah filem. Stress beb .. jangan main-main. Tapi sebab masa shoot tu, aku senyum dan selalu tersengih, jadik orang tak nampaklah sangat pressure tugas aku tu. Hehe. Tambahan pulak, kalau tugas 2 hari (Hari pertama Nikah, hari kedua Sanding), pinggang, peha, betis, bahu, sakit sakit kak .. Itu belum cerita aku parking Microphone baik punya tempat, tapi Pak Imam pulak asyik tolak-tolak mic aku tu, macam tak suka … Tak tension ker? Haha.
Okeh, untuk tidak buang masa, berikut, adalah skop tugas setiap kali aku turun shooting.
1. Cameraman
Aku bertanggungjawab merakam keseluruhan perjalanan majlis.
2. Soundman
Aku perlu menjaga audio untuk menangkap/menyisih bunyi yang perlu/tidak perlu.
3. Lightingman
Disamping mengendalikan kemasukan cahaya di kamera, kualiti cahaya di site turut dipertingkatkan. So aku perlu pasang lampu video yang bersesuaian, termasuklah penggunaan portable lighting, yang baterinya seberat sebongkah batu bata.
4. Director
Aku kadang perlu beri arahan bersesuaian untuk pengantin atau saudara mara untuk lebih menghidupkan suasana rakaman.
5. Krew
Nak harap siapa lagi? Aku jugak lah sendiri mengangkut & memasang peralatan penggambaran sebelum dan sesudah penggambaran. Lepas tu travel. Balik singgah petronas, kene la setin Red Bull ke, Livita ke, kadang 100 plus jer ..
6. Editor
Aku sememangnya menjadi penyunting dan membuat kerja kerja suntingan / editing video aku sendiri. Aku perlu buat keputusan terhadap semua shoot dan scene yang perlu / tidak perlu untuk dimasukkan. Kadang ada jugak sentimen tertentu dari mak bapak pengantin. Selalunya, kerja kerja suntingan ini boleh buat aku kurang berbual mesra dengan keluarga macam selalu dalam jangkamasa kadang 3 minggu.
7. Animator
Kadang aku masukkan elemen2 special effect dalam editing yang sedang berjalan untuk kelihatan lagi menarik.
8. Designer
Selalunya aku menambahbaik ruang2 editing dan merekabentuk design untuk DVD seperti interactive menu dll., termasuk juga layout untuk printing label dan cover DVD
9. Posmen
Ini pun aku jugak. Menghantar dan mengutip baki bayaran (jika ada) dari pelanggan.
Kalau videographer perkahwinan yang lagi baik dan berpengalaman, peralatan diaorang lagi hebat dan menjejak berpuluh ribu ringgit sekiranya dijumlahkan. Harga camcorder mereka sahaja sudah menjejak berbelas ribu ringgit, peralatan lain seperti lampu video diaorang amatlah mahal dan menjejak harga ribuan ringgit. Ditambah lagi dengan pelbagai aksesori perlu seperti beberapa biji bateri, lampu portable, microphone, tripod, monopod, conversion lens, filter. dan macam macam lagi. Bagi kerja kerja editing pula, mereka sudah pasti menggunakan sesebuah `editing machine’, merupakan komputer berkeupayaan tinggi dan hanya komputer jenis ini sahaja yang mampu memproses data-data video yang mempunyai 1001 ragam itu.
So sudah pasti, pakej mereka kalau dalam RM4 ribu ke atas tu, biasa biasa jer .. Memang menarik jugak lah penghasilan mereka setanding dengan harga nya.
souce : http://jekvideo.blogspot.com/2009/01/video-kahwin-skop-tugas.htm